Followers

Sunday, 3 May 2015

#SayaMilikAwak (Bab 1)



# BAB 1

Kelihatan seorang gadis yang tembam lagi comel sedang bermain keseorangan bersama teddy bear kesayangannya. Dia tidak menyedari bahawa seseorang telah memerhatikan gerak-gerinya.

“Bear, hari ni kita nak bawak awak pergi jumpa kawan kita dekat sekolah. Tapi, dia tak sampai lagilah. Mana lah dia ni?” cakap gadis itu keseorangan.

Dia berjalan-jalan di sekitar kelasnya dan kadangkala meninjau  ke luar kelas. Resah pula hati gadis itu apabila rakan yang dinantinya tidak muncul lagi. Mana Tia ni? Kata nak jumpa kita dekat kelas. Humm, penatlah. 

Tiba-tiba, pintu kelas diketuk. Terkejut gadis itu.

“Siapa tu?” soal gadis itu ketakutan.

“Akulah.”

Muncul kelibat seorang budak lelaki di depan pintu. Dia melemparkan senyuman sinis ke arah gadis itu.

“Awak nak apa?” soal gadis itu lagi dengan garang.

“Budak gemuk bawak teddy bear lah. Eeee, childish lah kau ni!”

Apa? Suka hati je dia panggil saya gemuk. Jahat lah dia ni! Harap muka je comel, perangai macam gangster! Tapi, apa maksud childish eh? Takpe, balik nanti tanya ayah la.

“Suka hatilah! Yang awak sibuk kenapa?”

“Oh, dah pandai menjawab eh? Sini kau!”

Tanpa amaran, budak lelaki itu terus menarik rambut gadis itu. Apa lagi, terjerit-jeritlah gadis itu kerana sakit. 

“Hoi!” Kedengaran satu suara di pintu kelas. Kelibat seorang lagi budak lelaki dan seorang gadis di pintu kelas.

“Fal, Tia, tolong Ira!” rintih gadis itu kesakitan.

Cepat-cepat budak lelaki yang dipanggil Fal menghampiri mereka berdua. Fal menarik tangan budak lelaki yang menarik rambut si Ira yang membawa teddy bear itu. Tia segera mendapatkan Ira.

“Asal Im tarik rambut Ira?” soal Fal tegas.

“Biarlah. Lagipun, buat apa tayang-tayang rambut. Bukannya cantik pun!” jawab Im lalu berlalu pergi.

Fal mendengus kasar. Ira mengesat hingusnya. Tia menenangkan Ira.

“Ira,  mintak maaf sebab perangai nakal adik kembar Fal tu, ya. Jangan ambil hati.”

Ira mengangguk. Dia pun dah lali kena buli dengan si Im tu. Dah kerap menangis sebab kena buli. Ada ubi ada atas, ada hari akan saya balas! Siap awak, Im!

“Siap kau!”

“Woi Ira! Bangun!” Kedengaran suara orang terjerit-jerit cam beruk di telinganya. Terus Qaira terduduk. Eh, mimpi ke tadi? Tercegat Sufia di sisi katilnya sambil terjongket keningnya ala-ala Ziana Zain. Bila jongket kening, mesti nak ala-ala ZZ tu. Bosan dah. Tukarlah, ala-ala Anuar Zain pulak. Baru ada kellasss..

“Kau dah kenapa terjerit-jerit cam beruk ni? Ganggu tidur aku je, Suf.” Ujar Qaira mamai.

“Woi, kau yang terjerit-jerit serupa beruk matyeh tadi. Tuduh aku pulak. Mimpi apa sampai kau ngigau ni?” balas Sufia.

“Kenangan silam yang pahit dan manis.” Ayat skema diberi oleh Qaira.

“Humm.. patutlah.”

Qaira tersengih-sengih macam kerang wangi. Hehehe. Cepat-cepat dia bangkit daripada katilnya. Dah dikira subuh gajah ni. Astaghfirullah. Terus dia mencapai tuala di penyidai dan menuju ke bilik air. 

“Beta nak bersiram ni. Jadi silalah hamba keluar daripada kamar beta. Terima kasih.” Selamba Qaira menghalau Sufia daripada biliknya.

“Iyalah, tuanku. Patik keluar dulu. Berbeta-beta dengan aku lak. Tampor kang!”

Tergelak Qaira yang sudah berada di dalam bilik air. Dia suka bergurau dengan rakan-rakannya seperti ini. Kerana bergurau dapat mengeratkan lagi hubungan mereka. Sweet gitu.  

Sufia antara rakannya daripada kecil lagi tetapi tidaklah akrab waktu dahulu. Sekolah rendah sama tapi sekolah menengah berasingan. Mujurlah universiti kebetulan sama. Terjalin kembali ukhuwah diantara mereka. Rindu pula saat-saat di zaman semasa dia menjadi budak hingusan dulu. Segalanya indah. Tidak perlu memikirkan masalah. Bebas rasanya.

Mesti kau orang tertanya-tanya siapakah Im dan Fal dalam mimpi aku tadi kan? Takpe, lambat laun kau orang akan tahu juga. Kau orang perlu mengikuti perkembangan cerita ini sampai habis. Okay? Deal! Stay with us ‘till the end. Terima kasih.

Ira ni, sempat pulak buat iklan. Takpelah. Baguslah promote novel. Macam ni lah watak heroin yang diharapkan. Bak kata Stacy, ‘ops, terlebih sudah!’. Karang dipuji lagi, koyak pulak baju Qaira. Hehehe.


No comments:

Post a Comment