Followers

Sunday, 3 May 2015

#SayaMilikAwak (Bab 5)


# BAB 5

            Qaira melipat telekung dan sejadah miliknya lalu meletakkan ia di tempat khas. Qaira merebahkan tubuhnya ke katil. Fikirannya menerawang. Haih, bila aku nak dapat petanda ni? Adakah pilihan aku tepat? Ya Allah, tunjukkanlah kekuasaanMu. Bantulah hambamu ini.

            Terbayang wajah milik Zafrin Iman di mata. Handsome. Mentang-mentanglah kacukan Inggeris. Lebih menyerupai mama yang cantik jelita. Aku paling suka tengok mata dia. Coklat kehijauan yang bersinar-sinar. Diwarisi daripada papa lah ni. Tapi, kenapa gaya dia macam kasanova? Kak Mia kata dia tu, workaholic. Tak pandang perempuan lain pun. Pelik ni.

            Kak Mia kata lagi, dia ada lagi sorang adik lelaki. Kembar si Zafrin Iman a.k.a ulat bulu. Lupa pulak nak tanya nama dia. Kak Mia cakap yang adik lelaki yang lagi satu ni kasanova. Humm. Nak tau betul ke tak, kenalah kahwin dengan ulat bulu ni. Baru boleh aku dapat observe perangai abang ipar aku tu macam mana. Hehehehe.

            Belum apa-apa lagi kau dah berangan ya, Ira. Mana tau tiba-tiba pulak tak jadi. Eh, mulut tu cabul betullah! Patutnya doakan benda yang baik-baik je. Heish. Tapi kan, layak ke dipanggil abang ipar? Umur sebaya aje. Demand je lebih. Tapi, si Zafrin ni tak terbatuk-batuk ke bila aku ngumpat dia sekarang ni? Harap-harap terbatuklah kau sampai terkeluar anak tekak. Hahahaha!

            “Uhuk-uhuk!”

            “Astaghfirullah. Kenapa kuat sangat Arin batuk ni?” kata Datin Lisnatasia risau.

            “Entah-entah, ada ngumpat Arin agaknya. Hehehehe.” usik Darmia.

            “Hish, Kak Mia ni.. uhuk-uhuk! Adoi, rasa dah nak terkeluar dah anak tekak ni. Daripada duk tercongok depan Arin ni, lebih baik kak Mia ambilkan Arin air. Perit tekak ni.” ujar Zafrin lemah.

            “Apa-apa je lah Arin oii.. Yang si Aril ni? Dah malam tak balik lagi?” kata Dato’ Zamil pula.

            “Entahlah, bang. Saya dah tak tau macam mana nak nasihatkan dia tu.” balas Datin Lisnatasia sambil mengurut perlahan dada anaknya.

            Sejurus itu, bunyi loceng rumah kedengaran. Muncul kelibat abang kembar Zafrin dengan pakaian selekehnya. Tanpa mempedulikan manusia-manusia yang berada di ruang tamu, dia terus melangkah ke tangga untuk menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.

            “Tengoklah tu. Tak hiraukan kita dekat sini. Setiap hari, mesti buat perangai lagi. Entah dengan perempuan mana dia pergi keluar. Penat saya, bang!” rintih Datin Lisnatasia kepada Dato’ Zamil. 

            Dato’ Zamil melepaskan keluhan berat. Datin Lisnatasia hanya berdiam menahan rasa. Zafrin pula sudah pulih daripada batuknya. Mungkin orang sudah berhenti mengatanya. Darmia terkebil-kebil melihat reaksi manusia di dalam rumah itu. Dia mendaki tangga dan menuju ke bilik adiknya.

            “Aril.” Panggil Darmia dengan lemah lembut sambil mengetuk pintu. Dia cuba untuk membuka pintu adiknya. Malangnya, berkunci.

            “Aril!” Darmia sudah mula mengganas. Namun, tiada reaksi daripada adiknya yang berada di dalam bilik itu.

            “Zarill Rifal!” Jerit Darmia.

            Pintu dibuka. Terjengul muka Zarill Rifal dipintu. Rambutnya kelihatan basah dan bersyampu. Darmia terkejut kecil. Heish, macam hantu ghopenya.

            “Kak Mia nak apa? Orang tengah mandilah.” ujar Zarill sambil menggosok-gosok kepalanya.

            “Lepas mandi, jumpa kak Mia dekat library. Kak Mia nak cakap sesuatu dengan Aril.”

            “Hmmm.” Tanpa amaran, Zarill terus menutup pintu biliknya. Terkejut Darmia buat kali yang kedua. Nasib muka aku bukan betul-betul depan pintu. Kalau tak, rosak muka aku yang cantik jelita ini. Alhamdulillah.

Dia ingin menasihati adiknya agar tidak membuat masalah lagi. Kesian kepada mama dan papa. Kusut fikiran mereka kerana adikku yang kasanova ini. Lagi sorang, workaholic. Huh, baguslah! Nasib baik aku normal. Hehehehe.

Humm, Qaira Lyana. Tiba-tiba teringatkan kat dia pulak. Comel budak tu. Polos dan terlalu jujur. Walaupun dia nampak macam suci je, tapi aku tau dia ni seorang yang brutal. Confirm Arin jatuh cinta dengan dia. Percayalah. Kau orang tunggu je. Adik iparku, maaf kalau kak Mia ngumpat awak. Bukan sengaja, nak cerita je. Jangan batuk macam Arin sudah.

“Errkkk! Tersedak nasi!”

“Tulah, ibu dah pesan. Makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.” Ujar Puan Aisya.

“Nak air! Uhuk-uhuk.” Cepat-cepat Aqil menghulurkan air kepada Qaira.

Pantas Qaira meneguk air. Ah, lega. Dia terus mengangkat pinggannya setelah merasa tekaknya pulih sedikit.

“Eh, dah tak nak makan lagi ke? Tempoyak akak tak habis lagi ni.” usik Encik Asril.

Qaira mencebik. Taulah selama ni aku je yang habiskan tempoyak. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada lori kita naik bas! Eh-eh.. Apa benda yang aku merapu ni? Mentang-mentang lah aku tersedak tadi, terus wayar terputus dalam otak aku ni. Haish, pelik-pelik.

Qaira terus berbaring di sofa yang menghadap televisyen. Baguslah. Lepas makan, terus baring. Mana tak gemuk jadinya? Ish, ish, ish. Terus Qaira duduk. Taknak! Aku taknak jadi gemuk macam dulu. Asyik kena buli je.

Teringat pulak kat pembuli tu. Dah lama tak jumpa budak kembar tu kan? Agaknya dia orang kerja dekat mana eh? Rindu pulak. Abangnya baik, adiknya tu bermasalah. Nakal! Suka ejek aku gemuk, pastu selalu tarik rambut aku. Diantara kembar tu, aku minat yang adiknya tu. Aku tak taulah kenapa aku minat dia walaupun dia selalu buli aku. Hehehe.

Alah, itu semua kisah lama. Cinta monyet aku ni takkan berkekalan. Memang ajaib kalau dia tu jodoh aku. Heish, apa yang aku fikir ni? Aku dah nak jadi isteri orang sebulan sebelum majlis konvo nanti. Walaupun banyak masa lagi, tapi kena jugak berdiet. Tak pasal-pasal baju kahwin nanti tak muat. Tak ke haru tu? Ish, ish, ish. Minta dijauhkan!

            “Akak!”

            “Oh nenek-nenek!” Qaira melatah kuat.

            Aqil sudah tergelak-gelak melihat kakaknya itu. Sangat kelakar! Itulah, siapa suruh berangan lagi? Kan dah kena sebijik. Haa.. amekaw!

            “Woi, kau nak bagi akak mampus ke?” ujar Qaira kasar. Sungguh. Dia terkejut sangat sampaikan rasanya jantung dah nak melompat keluar. Kacau je, aku nak berangan. Jelous ah, tu!

            “Malang betul orang yang kahwin dengan akak ni. Sekejap cam kucing, kejap lagi macam singa betina. Tapi yang lebihnya kat singa lah. Aum! sana, Aum! sini, Aum! sana-sini. Hahahaha” kata Aqil panjang lebar.

            Terus dipiatnya telinga Aqil. Dipulasnya sepuas hati. Geram dengan usikan adiknya. Macam lah dia ni garang sangat sampai membaham orang. Suka-suki usus besar dia aje. Hah, merepek lagi! Lantaklah. Biar je lah fius otak terputus lagi. Hehehehe.
“Akak, Runningman dah mula!”

“Oh yeah!” Terus Qaira melepaskan pegangannya pada telinga Aqil. Tak puas lagi rasanya nak pulas telinga si Aqil ngok-ngek ni. Takpe, akan kubalas dengan bas! Hahahaha. Hentam sajalah. Tak ada siapa yang kisah pun.

Bising mulut Qaira mengkritik kehadiran Shin Mi Ah yang bersatu dengan Gary sebagai married couple. Kenapa Jihyo diketepikan? Tak sweet lah macam ni. Okay, cerita dah habis. Nak tidur. Dah mengantuk.

Qaira melangkah tangga dengan mamai. Uhh, asal mata ni macam nak cepat-cepat melabuhkan tirainya? Bilik tak naik lagi. Jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk. Mana jalan ni? Aku tak nampak lah.

Tiba-tiba Qaira berasa badannya di awang-awangan. Mampus lah aku tergolek kat tangga ni. Namun, seseorang sempat menahannya.

“Astaghfirullah, akak!” Suara Aqil kedengaran di corong telinga Qaira.

Aqil membantu Qaira menuju ke bilik. Sepanjang itulah Aqil membebel kepada Qaira. Daripada bab keselamatan sampailah.. bab suami. Tak cun betul bila sentuh bab suami ni. Tak hingin aku dengar! Lantaklah. Janji aku dapat tidur di katil yang empuk. Oh, katil. I’m coming!

Sementara itu, di kediaman Dato’ Zamil, Darmia sudah memulakan sesi ceramah bersama Zarill Rifal dan Zafrin Iman. Budak-budak ni memang patut ditarbiah  banyak kali. Tapi, apa yang jadi? Masuk telinga kanan, keluar telinga kirilah jawabnya.

“Paham?” Tegas Darmia bersuara.

“Ya, kak Mia.” Jawab kembar itu dengan penuh tak bersemangat. Bagaikan roh mereka terbang melayang. Macam orang tak makan sebulan pun ada. Darmia hanya mampu menggelengkan kepala. Penat dia membazirkan air liur untuk malam ni. Dekat 3 liter tu. Hahaha.

“Dah. Pergi masuk tidur. Esok nak kerja.” Arah Darmia.

Kedua-duanya berubah riak. Tampak berseri-seri. Aku taulah kau orang gembira bila sesi kaunseling teristimewa aku ni dah tamat. Takpe, esok dan hari-hari seterusnya ada lagi selagi aku tak meninggal lagi.

Malam kian larut. Esok hari sudah menanti untuk ditempuhi dan diterokai oleh umat manusia agar hari esok lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. InsyaAllah. Buat kadar yang termampu. Ingatlah, bahawa Allah akan membantu kita.










No comments:

Post a Comment